Tayangan skrin besar perlawanan akhir piala dunia Argentina VS France di Dewan Naib Canselor, Kampus Bestari Jaya mendapat perhatian ramai khususnya para pelajar. Inisiatif yang dibawa oleh gabungan Residensi Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kor Sispa UNISEL serta Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPK) ini memberi kehangatan terhadap perlawanan akhir piala dunia yang hanya julung kalinya diadakan empat tahun sekali. Lebih lima minit perlawanan telah berlalu, pasukan manakah pilihan anda serta siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara. Ayuh ramai-ramai memeriahkan suasana selagi ruang tempat masih ada . Inilah bola sepak, tidak pernah kenal erti keturunan, perbezaan mahupun warna kulit. Tidak hairanlah bola sepak diangkat sebagai medium perpaduan yang menyatukan sesama manusia. Syabas pihak penganjur dan raikanlah bersama.P/s, admin berpihak kepada France PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT18 Disember 2022
Previous
Next