FLAG-OFF CEREMONY SUKIPT 2022 BARA SEMANGAT PASUKAN UNISEL

  • Home
  • FLAG-OFF CEREMONY SUKIPT 2022 BARA SEMANGAT PASUKAN UNISEL
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini melaksanakan satu majlis pelepasan Atlet UNISEL yang bakal berentap di Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) Edisi Ke-5 tahun 2022 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 12 hingga 21 Ogos 2022. Majlis yang diadakan di Kompleks Sukan UNISEL itu khusus untuk pendedahan perkampungan sukan bagi kontinjen Badminton dan Ragbi bermula hari ini di kampus Bestari Jaya. Menurut Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, jadilah mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang di bilik kuliah bahkan cemerlang dalam dunia sukan. “Semoga maju jaya buat 27 orang Atlet yang menyertai dan syabas kerana mengharumkan nama UNISEL dalam usaha menjadikan mahasiswa agar hidup, terbaik dan semestinya berjaya”, ujar beliau. Di akhir majlis, Prof. Madya Dr. Hamdan mewakili Presiden dan Naib Canselor UNISEL menyerahkan bendera UNISEL kepada Ketua Kontinjen sebagai tanda pelepasan Atlet Sukipt UNISEL 2022. Hadir sama sepanjang majlis adalah Pengurusan Tertinggi UNISEL serta pasukan Badminton dan Ragbi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat8 Ogos 2022

sukip2
sukip3
sukip4
sukip5
sukip6
sukip7
sukip8
sukip9
sukip10
sukip11
sukip12

Previous
Next