GOTONG ROYONG PERDANA UNISEL 2022

  • Home
  • GOTONG ROYONG PERDANA UNISEL 2022
Shape
GOTONG ROYONG PERDANA UNISEL 2022

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Program Gotong-Royong Perdana bertempat di kampus Bestari Jaya yang mana disertai oleh kakitangan akademik dan pentadbiran kampus dari kedua-dua buah kampus, Bestari Jaya dan Shah Alam. Program bermula pada jam 8.00 pagi itu melibatkan beberapa aktiviti antaranya pemangkasan, pembajaan dan menggembur tanah selain gotong-royong yang melibatkan semua kakitangan bagi membersihkan kawasan sekitar bangunan pentadbiran dan fakulti. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, program gotong-royong ini dapat dijadikan sebagai aktiviti berkala yang mana berfungsi untuk mengeratkan ukhuwah di antara kakitangan sekali gus memanfaatkan aset universiti bersama. “Ini bukanlah kali pertama kita mengadakan aktiviti gotong-royong ini. Saya berharap dengan adanya aktiviti seperti ini, kampus ini akan bertambah ceria dan dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan juga kakitangan,” ujar beliau semasa Majlis Perasmian Gotong-Royong Perdana 2022 di perkarangan Canseleri. Dalam majlis yang sama, turut berlangsung adalah simbolik bagi penyerahan Sumbangan Pokok Kelapa Sawit daripada perseorangan terdiri daripada warga UNISEL. Sebanyak 56 bag anak benih pokok kelapa sawit disumbangkan dan berjaya tanam di sekitar Kampus UNISEL Bestari Jaya. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat18 Mac 2022

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21

Previous
Next