IJAZAH INI HADIAH KEPADA IBU DAN AYAH SAYA- MIERUL AIMAN

  • Home
  • IJAZAH INI HADIAH KEPADA IBU DAN AYAH SAYA- MIERUL AIMAN
Shape

Impian pelakon drama bersiri Projek:High Council, Mierul Aiman memiliki ijazah sarjana muda tercapai selepas muncul sebagai seorang daripada 1306 graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-17 di Kampus Bestari Jaya, hari ini. Mierul Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. Mierul Aiman berkata, kejayaan yang dikecapi ini adalah hadiah kepada kedua ibu bapanya iaitu Sharul Anita Mohamad dan Norazman Ismail.“Pelbagai kenangan pahit dan manis saya kecapi sepanjang bergelar mahasiswa UNISEL namun saya gembira kerana pengorbanan itu akhirnya membuahkan hasil,” katanya. Beliau turut menitipkan pesanan kepada pelajar UNISEL yang masih menuntut agar belajar bersungguh-sungguh dan ciptalah sebanyak mana memori sepanjang bergelar mahasiswa. Beliau menerima ijazah sarjana muda pada Sidang 2 istiadat yang disampaikan oleh Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki, Pro Canselor UNISEL. Turut hadir Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden danNaib Canselor serta barisan pengurusan tertinggi universiti. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor10 September 2023

mirul_aiman2