JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

  • Home
  • JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH
Shape
JELAJAH HARI TERBUKA UNISEL 2024 DI TANJONG KARANG MERIAH

Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang menganjurkan Jelajah Hari Terbuka UNISEL 2024 bertempat di Padang Astaka, Tanjong Karang. 

Program yang mengangkat tema “Malaysia MADANI, UNISEL Depani” itu berlangsung selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Jun 2024 dan dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya mewakili YB Datuk Haji Rizam Haji Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Selangor. 

Beliau dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada UNISEL dibawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL kerana berjaya menganjurkan jelajah ini di Tanjong Karang. 

“Usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak UNISEL dengan kerjasama Penyelaras DUN Sungai Burong dan Permatang jelas dalam mendukung aspirasi Kerajaan Perpaduan dengan membantu memberikan pengenalan dan penerangan konsep Malaysia Madani kepada seluruh masyarakat khususnya penduduk Tanjong Karang,” ujar beliau. 

Beliau turut menyeru agar anak-anak di Tanjong Karang untuk melanjutkan pengajian di UNISEL. Manfaatkan UNISEL sebagai satu peluang untuk membangunkan diri anda agar dapat berbakti kepada negara, agama dan masyarakat. 

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang sudah bertapak lebih 20 tahun, sudah menjadi peranan UNISEL dalam membangunkan masyarakat melalui aktiviti berteraskan pendidikan menerusi program tanggungjawab sosial korporat seperti jelajah ini. 

Jelajah Hari Terbuka melaksanakan pelbagai aktiviti menarik antaranya sukan rakyat, pertandingan sukan, bicara ilmiah, persembahan artis dan banyak lagi. Jelajah ini turut disertai agensi kerajaan dan swasta antaranya Menteri Besar Selangor Pemerbadanan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, KDEB Waste Management, Institut Darul Ehsan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Yayasan Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre, Selangor FC, Perbadanan Perpustaakan Awam Selangor & Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan KayaX. 

Hadir sepanjang majlis adalah YB Kapt (B) Dato’ Dr. Zulkafperi Hanafi, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Puspanath A/L Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS, Maruwan Ahmad, Penyelaras DUN Sungai Burong, Mohd Fuadi Sharif, Pegawai Tugas-Tugas Khas DUN Permatang, Amidi Dato’ Abdul Manan, Pengarah Urusan IDE. 

Turut hadir, Inspektor Rubi Indran A/L Krishnan, IPD Kuala Selangor, Mohd Farhan Zakiran M. Alpis, Ketua Operasi KDEBWM Kuala Selangor, Nor Alhapis Saleha, Yayasan Selangor, Norzilawati Md Said Ketua Operasi STDC Kuala Selangor, Jailani Arshad, Pengerusi Giat Mara Tanjong Karang, Mahazir Azemi, Pengerusi Kolej Komuniti Tanjong Karang, dan Muhammad Faiz Arshad, Penaung KayaX.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Univerisiti Selangor
29 Jun 2024