LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2023 TINGKAT KEPERIBADIAN MAHASISWA BUDIMAN

  • Home
  • LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2023 TINGKAT KEPERIBADIAN MAHASISWA BUDIMAN
Shape

Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar baharu kemasukan April 2023 yang bermula pada 6 April 2023 melaksanakan Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya. MTSB yang berakhir pada 8 April 2023 itu merupakan minggu suai kenal antara pelajar-pelajar baharu dan dikelolai sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti. Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucaptamanya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. “Dalam konteks universiti, UNISEL mempunyai tenaga profesional dan staf yang komited bagi membimbing dan mendidik hingga keberjayaan setiap pelajar dikecapi”, ujar beliau. Tambah beliau lagi, dengan rasminya anda bergelar mahasiswa mahasiswi UNISEL hari ini, sudah pasti ikrar yang dilafazkan membawa pengertian besar. Oleh itu, pastikan anda membanggakan ibu bapa dan keluarga masing-masing dalam mencapai kejayaan serta perbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik. Para pelajar baharu bersama-sama melafazkan ‘Ikrar Aku Janji Pelajar Kolej Kediaman UNISEL’ dan ‘Ikrar Mahasiswa Mahasiswi Baharu’ dengan penuh keazaman yang tinggi serta simbolik penerimaan pelajar baharu turut disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan April 2023 akan dilanjutkan sehingga 5 Mei 2023.Pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 018-5714084. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor7 April 2023

ikrar_20232
ikrar_20233
ikrar_20234
ikrar_20235
ikrar_20236
ikrar_20237
ikrar_20238
ikrar_20239
ikrar_202310
ikrar_202311
ikrar_202312
ikrar_202313
ikrar_202314
ikrar_202315
ikrar_202316
ikrar_202317
ikrar_202318

Previous
Next