LAPORAN KEJAYAAN PELAJAR UNISEL DI PERTANDINGAN SIBER SIAGA I-HACK 2024

  • Home
  • LAPORAN KEJAYAAN PELAJAR UNISEL DI PERTANDINGAN SIBER SIAGA I-HACK 2024
Shape
LAPORAN KEJAYAAN PELAJAR UNISEL DI PERTANDINGAN SIBER SIAGA I-HACK 2024

Kuala Selangor, 8 Ogos 2024 – Pasukan “Kena Paksa” dari Universiti Selangor (UNISEL) telah berjaya meraih tempat kelima dalam pertandingan CODE COMBAT [X] I-HACK 2024 Capture The Flag (CTF) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).
 
Pertandingan ini diadakan sempena acara Siber Siaga Reveal The Unseen 2024, yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dari 6 hingga 8 Ogos 2024.
 
Pasukan “Kena Paksa” terdiri daripada empat orang pelajar berbakat dari Jabatan Pengkomputeran, Fakulti Komunikasi, Seni Visual, dan Pengkomputeran. Pasukan ini adalah gabungan pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, iaitu Muhammad Firdaus bin Amran, serta pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat iaitu Muhammad Shariff bin Umar, Muhammad Haikal Haziq bin Hamzah, dan Muhammad Hazmi bin Abdul Basik.
 
Dalam pertandingan yang mencabar ini, pasukan UNISEL berjaya memperlihatkan kebolehan dan kepakaran mereka dalam bidang keselamatan siber dan penggodaman etika. Pasukan “Kena Paksa” cemerlang dalam pusingan kelayakan dengan menduduki tempat kedua, sekali gus menunjukkan keupayaan teknikal dan strategi yang mantap.
 
Dalam pusingan separuh akhir yang menggunakan format Attack-Defense, pasukan ini sekali lagi menduduki tempat kedua, membuktikan kehandalan mereka dalam mengimbangi serangan dan pertahanan siber.

“Di pusingan akhir yang menggunakan format Time Attack, pasukan “Kena Paksa” menghadapi cabaran yang hebat namun tetap berusaha gigih untuk menamatkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Meskipun tidak berjaya meraih tempat teratas, mereka berjaya meraih tempat kelima keseluruhan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500.00..”

Pertandingan Siber Siaga I-Hack 2024 ini bertujuan untuk menguji kemahiran teknikal dan strategik peserta dalam menangani ancaman siber. Acara ini juga menyediakan platform untuk pelajar universiti seluruh negara berkumpul, berkongsi ilmu, dan memperluaskan rangkaian profesional mereka dalam bidang keselamatan siber.
 
Kejayaan pasukan “Kena Paksa” adalah hasil daripada usaha keras, latihan intensif, dan sokongan padu daripada pelbagai pihak. Pencapaian ini sangat membanggakan bagi pihak Jabatan Pengkomputeran dan diharapkan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk menyertai dan berjaya dalam pertandingan akan datang.
 
Tahniah diucapkan kepada pasukan “Kena Paksa” dan UNISEL atas kejayaan ini. Semoga terus maju dan berjaya dalam usaha akan datang.
 
Sumber : Fakulti Seni Visual, Komunikasi & Pengkomputeran (FCVAC)

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *