LARIAN TASIK LINDUNGAN BURUNG SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-17

  • Home
  • LARIAN TASIK LINDUNGAN BURUNG SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-17
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Sukan, Budaya dan Penghijauan (PSBH) menganjurkan Larian Tasik Lindungan Burung. Menurut Prof Madya Dr. Norazwan A. Bakar, Pengarah PSBS, larian ini diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-17. “Larian Tasik Lindungan Burung ini melibatkan kira-kira 300 pelajar dan kakitangan UNISEL. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu larian penuh berjarak 5km dan brisk walk berjarak 3km,” katanya. Pelepasan larian disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. Beliau ketika ditemui berkata, larian ini akan membuka peluang kepada warga universiti untuk melihat sendiri keindahan tasik yang terdapat di UNISEL. Hari Terbuka UNISEL dan Pesta Konvokesyen 2023 yang bermula hari ini akan berlangsung selama lima hari sehingga 10 September 2023. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung antaranya aktiviti pentas, liga sukan, pameran fakulti, zumbathon dan sebagainya. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor6 September 2023

larian_tasik_2
larian_tasik_3
larian_tasik_4
larian_tasik_5
larian_tasik_6
larian_tasik_7
larian_tasik_8
larian_tasik_9
larian_tasik_10
larian_tasik_11
larian_tasik_12
larian_tasik_13
larian_tasik_14
larian_tasik_15
larian_tasik_16
larian_tasik_17
larian_tasik_18
larian_tasik_19
larian_tasik_20
larian_tasik_21
larian_tasik_22
larian_tasik_23
larian_tasik_24
larian_tasik_25
larian_tasik_26
larian_tasik_27
larian_tasik_28
larian_tasik_29
larian_tasik_30
larian_tasik_31
larian_tasik_32