TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2022
August 24, 2022LAFAZ IKRAR PELAJAR BAHARU TINGKAT SEMANGAT MAHASISWA BUDIMAN
August 26, 2022Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH) hari ini mengadakan Majlis Penutupan Program ‘FELS-US 4.0 Undergraduate Symposium’ bertempat di Auditorium Ibn. Al-Haytham, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Seramai 52 orang pelajar tahun akhir mengikuti Simposium yang bertemakan ‘Emerging Science & Engineering Towards Future Global Challenges’ yang dipamerkan sepanjang hari ini. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucaptamanya menyatakan program yang diadakan itu mampu menarik minat di kalangan pelajar terhadap kekuatan Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan dalam mendepani cabaran dunia masa kini. Terdapat tiga pemenang kluster yang dipertandingkan dalam simposium ini antaranya ‘Cluster Advanced Materials, Environment & Sustainability’ dimenangi oleh Azlia Binti Alias, ‘Cluster System, Design & Instrumentation’ dimenangi oleh Ranjini Devi Rama dan ‘Cluster Applied Science & Mathematics’ dimenangi oleh Yogasri Chandren. Azlia Binti Alias turut menggalas kejuaaraan pembentang terbaik. Presiden dan Naib Canselor turut berkesempatan melawat pameran yang diadakan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FKSH). HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat24 Ogos 2022


















Previous
Next



