SENI CATAN : MANTAPKAN POTENSI PELAJAR
August 20, 2025KUNJUNG HORMAT DELEGASI UNISEL KE KARANGKRAF PERKUKUH JALINAN STRATEGIK
August 25, 2025UNISEL PERKUKUH HUBUNGAN AKADEMIK DENGAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DARI INDONESIA
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pejabat Antarabangsa terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa dengan menerima lawatan delegasi dari 16 institusi pengajian tinggi terkemuka Indonesia dalam sesi kunjungan akademik dan pemerkasaan jaringan kolaborasi rentas negara yang telah dilaksanakan hari ini bertempat di UNISEL kampus Shah Alam.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik UNISEL bagi memperkukuh kerjasama penyelidikan antara universiti dan industri dalam usaha mempromosikan inovasi serta penyelesaian berasaskan pasaran. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelaksanaan projek penyelidikan bersama antara institusi pendidikan tinggi antarabangsa yang mampu meningkatkan kualiti penerbitan serta meluaskan jaringan akademik antara kedua-dua negara.
Dalam masa yang sama, UNISEL turut berusaha mendapatkan geran penyelidikan antarabangsa dan peluang pembiayaan luar negara bagi menyokong projek kolaboratif berimpak tinggi. Inisiatif ini juga membuka peluang kepada pelajar pascasiswazah untuk terlibat dalam projek penyelidikan rentas sempadan, sekali gus memberi pendedahan awal terhadap pengalaman akademik global.
Selain dari lawatan akademik delegasi institusi Indonesia, UNISEL melalui Pejabat Antarabangsa telah melaksanakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 20 Ogos 2025 bertempat di UNISEL kampus Bestari Jaya dengan tiga institusi pengajian tinggi dari Indonesia iaitu Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Manajemen dan Bisnis Indonesia (STIE MBI), Universitas Tangerang Raya (UNTARA) dan Universitas Dirgantara Marsekal Suryadarma (UNSURYA).
Majlis ini menandakan komitmen rasmi terhadap pelaksanaan pelbagai kerjasama akademik dan penyelidikan strategik. Antara bidang utama kerjasama yang dipersetujui termasuk pertukaran pelajar bagi program mobiliti jangka pendek dan jangka panjang antara UNISEL dan institusi terbabit, selain pertukaran staf akademik dan pentadbiran untuk tujuan lawatan profesional, kuliah jemputan serta latihan kepakaran.
Di samping itu, kedua-dua pihak juga akan membangunkan penyelidikan bersama dalam bidang pengurusan, perniagaan, sains sosial, teknologi dan kejuruteraan. Penganjuran seminar, bengkel dan persidangan antarabangsa secara bersama di Malaysia dan Indonesia turut dirancang dalam memperkukuh jaringan ilmiah. Usaha penerbitan bersama di jurnal akademik dan prosiding persidangan, pelaksanaan latihan industri dan praktikal pelajar secara silang, pembangunan program libat urus komuniti serta kerjasama dalam pelaksanaan program dwi-ijazah dan pengiktirafan kredit turut dimeterai dalam perjanjian tersebut.
Beberapa fakulti di UNISEL terlibat secara langsung dalam inisiatif ini, antaranya Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA), serta Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS). Ketiga-tiga fakulti ini akan berperanan penting dalam menyelaras pelaksanaan program-program kerjasama dan memastikan setiap inisiatif yang dijalankan memberi impak maksimum kepada kedua-dua pihak.
Antara enam belas institusi dari Indonesia yang terlibat dalam lawatan akademik hari ini adalah:
– Universitas Islam 45
– Institut Teknologi Dan Bisnis Ichsan Boalemo
– Institut Teknologi Dan Bisnis Stikom Bali
– Politeknik Bhakti Asih Purwakarta
– Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Gici Business School
– STIKES Mitra Ria Husada Jakarta
– Universitas Ichsan Gorontalo
– Universitas Indo Global Mandiri
– Universitas Kristen Maranatha
– Universitas Ngudi Waluyo
– Universitas Nusa Bangsa
– Universitas Pohuwato (UNIPO)
– UPN Veteran Jakarta
– Universitas Pelita Bangsa
– Universitas Ichsan Gorontalo Utara
– Universitas Ichsan Sidenreng Rappang
Sesi lawatan ini sekali gus meneguhkan lagi peranan UNISEL sebagai hab pendidikan tinggi yang proaktif dalam mendokong usaha antarabangsa bagi memperkasakan agenda pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi untuk manfaat sejagat.
PEJABAT ANTARABANGSA
Universiti Selangor
22 Ogos 2025













Share This Post :
Related posts



