LAWATAN UNISEL KE TERAS DIMENSI

  • Home
  • LAWATAN UNISEL KE TERAS DIMENSI
Shape

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) bersama pengurusan tertinggi universiti hari ini berkunjung ke Teras Dimensi, Batu Arang, Selangor. Kehadiran delegasi disambut oleh Tn. Hj. Md Razeef Md Jee, pengusaha Teras Dimensi. Menurut Hj. Md Razeef, Teras Dimensi merupakan hasil usaha lebih 10 tahun yang asalnya cuma tapak riadah kecil-kecilan. Teras Dimensi yang berkeluasan 10 ekar, menjadi tarikan baharu aktiviti rekreasi di hujung minggu dengan menyediakan beberapa kemudahan riadah seperti glamping, tapak perkhemahan, kayak dan memancing. Kunjungan ini merupakan salah satu lawatan kerja bagi proses penelitian kaedah pembinaan selain mengambil inspirasi untuk memajukan Tasik Lindungan Burung UNISEL, berkeluasan hampir 500 ekar, di kampus Bestari Jaya. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat12 Jun 2023

teras_dimensi2
teras_dimensi3
teras_dimensi4
teras_dimensi5
teras_dimensi6
teras_dimensi7
teras_dimensi8
teras_dimensi9
teras_dimensi10
teras_dimensi11
teras_dimensi12
teras_dimensi13
teras_dimensi14
teras_dimensi15
teras_dimensi16
teras_dimensi17
teras_dimensi18
teras_dimensi19
teras_dimensi20
teras_dimensi21
teras_dimensi22
teras_dimensi23
teras_dimensi24
teras_dimensi25
teras_dimensi26

Previous image
Next image