LUMINOUS VEX SHOWCASE 2023 PAMER PROJEK TAHUN AKHIR

  • Home
  • LUMINOUS VEX SHOWCASE 2023 PAMER PROJEK TAHUN AKHIR
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Seni Visual, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) mengadakan Pameran Projek Pelajar Tahun Akhir Luminouns Virtual Art Exhibition (VEX) bermula 24 Julai sehingga 28 Julai 2023 bertempat di Ruang Pameran Jabatan Seni Visual, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Selaras dengan usaha mendedahkan pelajar tahun akhir dengan perkembangan industri seni semasa, program yang bertemakan ‘Luminous’ bermaksud ‘Cahaya’ tersebut mempamerkan hasil karya seperti ilustrasi, pengiklanan, penjenamaan, animasi, multimedia, fotografi dan pelbagai karya kreatif dan menarik daripada pelajar tahun akhir bidang Diploma Seni Reka Grafik Digital, Diploma Teknologi Fotografi dan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik Digital. Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Wan Hassan (FCVAC), ini merupakan satu platform yang terbaik kepada kesemua 86 orang pelajar tahun akhir selepas mengharungi tiga tahun pengajian termasuk latihan industri mereka. Oleh yang demikian, pameran ini bertujuan mengangkat hasil karya mereka untuk dipamerkan kepada pihak luar. Program ini juga disifatkan sebagai ruang cabaran buat pelajar dari segi pengurusan masa, tenaga dan kreativiti dan secara tidak langsung membuka peluang pelajar untuk mendapat penilaian daripada Industri luar sebelum berada di dalam industri sebenar. Antara penilai industri luar yang terlibat sepanjang Luminous VEX Showcase 2023 ini adalah Ts. Mohd Fadzley Abd Shukor, Pengarah Seni Reka Istana Budaya. Dalam pada itu antara pensyarah yang terlibat selaku penasihat projek tahun akhir Luminous VEX Showcase 2023 ini adalah En. Afendi Md Shas, Pn. Aiqa Afiqah Bt. Isnin dan Cik Rosliza Bt. Ahmad. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat26 Julai 2023

VEX_Showcase2
VEX_Showcase3
VEX_Showcase4
VEX_Showcase5
VEX_Showcase6
VEX_Showcase7
VEX_Showcase8
VEX_Showcase9
VEX_Showcase10
VEX_Showcase11
VEX_Showcase12
VEX_Showcase13
VEX_Showcase14
VEX_Showcase15
VEX_Showcase16
VEX_Showcase17
VEX_Showcase18
VEX_Showcase19
VEX_Showcase20
VEX_Showcase21
VEX_Showcase22
VEX_Showcase23
VEX_Showcase24
VEX_Showcase25
VEX_Showcase26
VEX_Showcase27