MAJLIS APRESIASI ZAKAT UNISEL 2020

  • Home
  • MAJLIS APRESIASI ZAKAT UNISEL 2020
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima sumbangan zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kuala Selangor. Majlis penyerahan yang berlangsung di Ruang Legar Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya itu dihadiri pengurusan tertinggi UNISEL, pembayar zakat SPG serta wakil daripada Bank Rakyat HQ. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya menyatakan pemberian zakat ini membawa pelbagai manfaat terutama sekali kepada pelajar asnaf UNISEL serta pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan. Tambah beliau lagi, dengan adanya galakkan zakat ini termasuk dikalangan staf, pelbagai program dan aktiviti dapat dilaksanakan terutama dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Majlis diteruskan dengan penyampaian replika cek yang disempurnakan oleh Pn. Rohana Binti Hj. Md Yasin, Timbalan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Selangor serta penyampaian cenderahati kepada semua ahli majlis yang terlibat.Majlis pelancaran program ‘Sahabat Zakat UNISEL’ turut diadakan. Staf boleh berhubung terus kepada unit zakat Pusat Islam UNISEL untuk keterangan lebih lanjut. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

zakat1
zakat2
zakat3

Previous
Next