MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNISEL 2023

  • Home
  • MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNISEL 2023
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Penyelidikan dan Inovasi 2023. Majlis berlangsung di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya itu disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor. Ia dianjurkan bagi mengiktiraf kejayaan penyelidik UNISEL dalam bidang penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun 2023. Majlis dimulai dengan penyampaian anugerah bagi pertandingan inovasi yang melibatkan penyertaan kakitangan UNISEL dalam Malaysia Technology Expo (MTE 2023) iaitu Dr. Hazeeq Hazwan Azman (Pingat Emas), Ts. Dr. Norazah Mohammad Nawawi (Pingat Perak), Dr. Intan Faraha A. Ghani (Pingat Emas) dan Dr. Mardhiyati Mohd Yunus (Pingat Emas & Anugerah Khas: Chinese Innovation & Invention Society (Taiwan)). Bagi 34th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023) pula Dr. Nazlin Hanie Abdullah (Pingat Perak) dan Pn. Sarimah Mat Nawi (Pingat Perak) Bagi kategori fakulti terbaik pula, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) berjaya menjadi fakulti yang menghasilkan penerbitan tertinggi bagi tahun 2022 dan fakulti dengan bilangan geran tertinggi tahun 2023. Manakala Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) pula dinobatkan sebagai fakulti dengan nilai geran tertinggi tahun 2023. Berikut merupakan senarai pensyarah yang menerima geran mengikut kategori: A) GERAN BESTARI 20231. Nurul Nabila binti Ibrahim2. Abu Naib bin Munir3. Rosmawati binti Mahfar4. Ts. Dr. Hasdianty binti Abdullah B) GERAN PENYELIDIKAN NEGERI SELANGOR (GPNS) 20231. Ts. Dr. Hasdianty binti Abdullah2. Ts. Mohd Fadzli bin Ahmad3. PM. Dr. Kamisah binti Supian4. Dr. Lim Seong Pek5. Dr. Nurhafizah binti Ibrahim6. Kastina binti Yusof7. Siti Hawa binti Mohd Yusof8. Norliana binti Ahmad Shah C) GERAN FUNDAMENTAL RESEARCH GRANT SCHEME (FRGS) 20231. Wong Yee Von2. PM. Dr. Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid3. Rosita Hussain4. Dr. Rita Wong Mee Mee5. Dr. Roshani Othman6. Juwairiyyah Abdul Rahman@Osman7. Aznita Ahmad8. Dr. Lim Seong Pek9. PM. Dr. Nur Syufiza Binti Ahmad Shukor10. Dr. Norazlina Idris D) Geran Industri1. Ts. Izwan Suhadak Ishak2. Zaim Durulaman3. Nurul Shahida bt Hamdan4. Rosmawati binti Mahfar5. Hasdalina bt Hasim6. PM Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh7. Eda Suhana Binti Sharudin8. Mohd Nothman Bin Mohamad Nor9. Prof. Dr. Nik Hasnaa Binti Nik Mahmood10. Hasri Harun11. Erni Tanius12. Tuan Badli Shah bin Tuan Jusoh E) Geran Antarabangsa1. Mohd Azril Amil Jumlah keseluruhan geran penyelidikan bagi tahun 2023 ialah sebanyak RM 2,070,647.51. Ucapan tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan kesemua yang terlibat. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor5 September 2023

inovasi_2
inovasi_3
inovasi_4
inovasi_5
inovasi_6
inovasi_7
inovasi_8
inovasi_9
inovasi_10
inovasi_11