MAJLIS PERASMIAN PAMERAN & PERTANDINGAN MELUKIS MY DOODLE SELANGOR KU MAKMUR

  • Home
  • MAJLIS PERASMIAN PAMERAN & PERTANDINGAN MELUKIS MY DOODLE SELANGOR KU MAKMUR
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC) melalui Program Geran Kita Selangor 2023 dibawah UPEN yang diberi nama “My Doodle Selangor Ku Makmur” semalam telah mengadakan majlis perasmian dan pelancaran bertempat di Ruang Legar S.U.K Shah Alam, Selangor. Sebanyak 19 buah sekolah telah melayakkan diri ke peringkat akhir daripada 50 buah sekolah menengah kerajaan dan swasta dari 9 Daerah Negeri Selangor. Penghasilan lukisan berbentuk ‘Doodle’ di atas permukaan panel papan plywood bertemakan Selangor Ku Makmur dalam mengangkat hasil karya seperti patriotisma, demokrasi, identiti nasional dan ekosistem perpaduan dikalangan rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor. Program ini disifatkan sebagai melahirkan semangat perpaduan menerusi hasil karya dalam mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan dikalangan rakyat Negeri Selangor terhadap sejarah Negeri Selangor dalam pelbagai aspek seperti kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam agar perpaduan terus dapat dikekalkan. Simbolik perasmian turut dilaksanakan oleh Pn. Norhana Abdul Majid, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), S.U.K Selangor serta menyampaikan sijil penghargaan kepada 19 buah sekolah yang berjaya melibatkan diri dalam pameran dan pertandingan melukis “My Doodle Selangor Ku Makmur”. Pemenang tempat ketiga disandang oleh Kolej Tingkatan Enam Shah Alam yang membawa pulang wang tunai RM 500 beserta mock cheque, sijil penyertaan dan surat penghargaan manakala tempat kedua jatuh kepada SMK Bukit Jelutong Shah Alam membawa pulang wang tunai RM 700 dan juara disandang oleh SMK Yu Hua yang membawa pulang wang tunai RM 1,000 sijil penyertaan dan penghargaan. Dalam majlis sama turut berlangsung persembahan tarian tradisional, deklamasi sajak dan tayangan montaj oleh para pelajar Jabatan Seni Visual serta lawatan pameran bagi melihat hasil karya 19 buah sekolah sebelum hasil karya tersebut bakal dipamerkan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang bakal dipamerkan sehingga 14 November 2023. Turut hadir sepanjang majlis, En. Zaini Mat Hussin, Ketua Penolong Pengarah Unit TVET Sektor Pembelajaran JPNS, En. Zafrullah Aris, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Korporat PPAS, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Bin Wan Hassan, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran UNISEL, En. Zaim Durulaman, Ketua Projek Pameran dan Pertandingan “My Doodle Selangor Ku Makmur”, barisan Pensyarah Jabatan Seni Visual serta guru-guru dan pelajar sekolah yang terlibat. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor11 Oktober 2023

doodle2
doodle3
doodle4
doodle5
doodle6
doodle7
doodle8
doodle9
doodle10
doodle11
doodle12
doodle13
doodle14
doodle15
doodle16
doodle17
doodle18
doodle19
doodle20
doodle21
doodle22
doodle23
doodle24
doodle25
doodle26
doodle27
doodle28
doodle29