MB SELANGOR SEMPURNAKAN LARIAN TASIK SANKTUARI UNISEL 2023

  • Home
  • MB SELANGOR SEMPURNAKAN LARIAN TASIK SANKTUARI UNISEL 2023
Shape
MB SELANGOR SEMPURNAKAN LARIAN TASIK SANKTUARI UNISEL 2023

Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini hadir ke Universiti Selangor (UNISEL) bagi memyempurnakan pelepasan Larian Tasik Sanktuari UNISEL 2023. Program yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi itu dimulai dengan aktiviti senamrobik. Larian Tasik Sanktuari UNISEL ini merupakan larian santai berjarak 5km dan disertai oleh lebih 200 orang peserta yang rata-ratanya merupakan penduduk sekitar termasuklah kakitangan dan pelajar UNISEL. Selesai pelepasan, Menteri Besar Selangor bersama-sama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor serta Haji Yahya Shaari, penganjur program membuat lawatan ke Tasik Sankturi Burung bagi melihat sendiri keindahan tasik yang menempatkan pelbagai spesis burung. Sebelum itu, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari sempat menunaikan solat subuh berjemaah bersempena Program Gempur Subuh bersama-sama warga universiti di Masjid UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor16 Julai 2023

larian_tasik2
larian_tasik3
larian_tasik4
larian_tasik5
larian_tasik6
larian_tasik7
larian_tasik8
larian_tasik9
larian_tasik10
larian_tasik11
larian_tasik12
larian_tasik13
larian_tasik14
larian_tasik15
larian_tasik16
larian_tasik17
larian_tasik18
larian_tasik19
larian_tasik20
larian_tasik21
larian_tasik22
larian_tasik23
larian_tasik24
larian_tasik25
larian_tasik26