MISI BANTUAN PASCA BANJIR OLEH FBA

  • Home
  • MISI BANTUAN PASCA BANJIR OLEH FBA
Shape

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) hari ini telah menjalani Misi Bantuan Pasca Banjir diketuai oleh En Zainal Azhar Zainal Azim, Timbalan Dekan FBA di Padang Jawa yang melibatkan seorang pelajarnya, Aiswariya Laksmi A/P Kalaichelvan yang terjejas akibat banjir. Aiswariya Laksmi, pelajar semester akhir Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan bersama keluarganya terpaksa berpindah keluar demi keselamatan keluarganya setelah paras air mencapai paras dada. Walaupun sebak melihat banyak kerosakan dan kemusnahan harta bendanya, beliau amat bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya selamat. Dalam pada itu beliau juga mengucapkan mengucapkan jutaan terima kasih kepada UNISEL terutama sekali sukarelawan FBA terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang hadir pada hari ini bagi menggerakkan misi pembersihan di rumahnya. Hasril Abu HassanPengarah Komunikasi Korporat

banjir_fba2
banjir_fba3
banjir_fba4
banjir_fba5
banjir_fba6
banjir_fba7
banjir_fba8

Previous
Next