MUSOLLA AR REDZUANIAH

  • Home
  • MUSOLLA AR REDZUANIAH
Shape

Tawau – Hari ke-tiga lawatan kerja di Sabah, pengurusan tertinggi UNISEL berkesempatan melawat Musolla Ar Redzuaniah di Kampung Wadah Damai, Balung, Tawau. Kehadiran disambut meriah oleh penduduk kampung yang rata-ratanya berbangsa Bugis. Pelbagai juadah telah disediakan bagi meraikan pihak Universiti. Apa yang menariknya, Musolla ini sebenarnya dinamakan sempena Nama Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor. Kenapa & mengapa? Ini adalah tanda terima kasih penduduk kepada Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman atas sumbangan beliau bagi mendirikan Musolla ini diperingkat awal pembinaan. Siapa sangka, siapa duga, kesemua pengurusan tertinggi cukup terkejut & teruja apabila mendapat maklum akan hal sebenar setibanya disini semasa Majlis berlangsung. Walaupun Musolla ini hanya dilengkapi kemudahan asas sahaja tetapi ianya adalah cukup mengembirakan penduduk kampung yang memerlukan. Mengakhiri Majlis disebelah petang ini bersama penduduk kampung, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan berkesempatan menyampaikan bakul kasih kepada penduduk. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat10 Disember 2022.

MUSOLLA2
MUSOLLA3
MUSOLLA4
MUSOLLA5
MUSOLLA6
MUSOLLA7
MUSOLLA8
MUSOLLA9
MUSOLLA10

Previous
Next