July 30, 2025
Pusat Digital Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima kunjungan delegasi seramai 14 orang Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Universiti Islam Selangor (UIS) dalam satu Lawatan Penanda Aras ICT yang bermatlamat untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi negeri Selangor ini.




