News & Events

August 20, 2025

SENI CATAN : MANTAPKAN POTENSI PELAJAR

Lebih 100 orang pelajar sekolah menengah daripada 12 buah sekolah di bawah naungan YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Ahli Parlimen Gombak telah menyertai Bengkel Cemerlang Skor Art Pendidikan Seni Visual Peringkat Parlimen Gombak yang berlangsung di Dewan Pro Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam.
August 13, 2025

PROF. EMERITUS IR. DATO’ DR. HASSAN BIN BASRI PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI SELANGOR KELAPAN

SHAH ALAM - YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor menyampaikan surat pelantikan kepada Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan bin Basri sebagai Presiden dan Naib Canselor kelapan Universiti Selangor (UNISEL) bertempat di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor.
August 8, 2025

KEKURANGAN BUKAN HALANGAN:PELAJAR OKU CEKAL SAMBUNG BELAJAR

Suasana penuh semangat dan harapan jelas terpancar di wajah para pelajar baharu yang hadir mendaftar bagi sesi kemasukan Ogos 2025 di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya hari ini, termasuk seorang pelajar istimewa, Qayyim Afiq Bin Ahmad, 18, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal.
July 30, 2025

LAWATAN PENANDA ARAS ICT : KUKUHKAN JALINAN TEKNOLOGI ANTARA UNISEL & UIS

Pusat Digital Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima kunjungan delegasi seramai 14 orang Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Universiti Islam Selangor (UIS) dalam satu Lawatan Penanda Aras ICT yang bermatlamat untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pendidikan tinggi negeri Selangor ini.