March 11, 2025
UNISEL sekali lagi mencatatkan sejarah kecemerlangan pada hari ini 11 Mac 2025 bersamaan 10 Ramadan 1446 Hijrah apabila Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bamee Bin Awang Ali Basah, sebagai Ahli Dewan Negara setelah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.




