November 20, 2025
Universiti Selangor (UNISEL) melalui Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) semalam telah menganjurkan Pameran Karya Seni Buka Pintu bertempat di Pustaka Raja Tun Uda (PPAS), Seksyen 13 Shah Alam. Majlis tersebut turut menjadi simbolik pembukaan rasmi Galeri Foto Buka Pintu PPAS-UNISEL, sekali gus menandakan kolaborasi kreatif antara institusi akademik dan perpustakaan negeri.




