PELAJAR TERUJA MENERIMA BANTUAN TUNAI EHSAN MENERUSI YUSEL

  • Home
  • PELAJAR TERUJA MENERIMA BANTUAN TUNAI EHSAN MENERUSI YUSEL
Shape
PELAJAR TERUJA MENERIMA BANTUAN TUNAI EHSAN MENERUSI YUSEL

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) hari ini telah menganjurkan Majlis Pemberian Bantuan Tunai Ehsan kepada pelajar yang layak bertempat di I-Zone, Bangunan Berlian kampus Shah Alam.

“Seramai 158 orang pelajar dari kampus Shah Alam dan Bestari Jaya yang memenuhi kriteria menerima Bantuan Tunai Ehsan tersebut setelah dinilai oleh pihak YUSEL. Bantuan tersebut merupakan wang tunai sebanyak RM400 bagi memenuhi keperluan wang saku serta perbelanjaan pembelajaran.”

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL menyempurnakan penyampaian bantuan tersebut serta menyarankan kepada pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya dalam kegunaan pembelajaran masing-masing.

Hadir sama sepanjang program adalah Pn. Hjh Rokmaa Binti Haji Mat Pendaftar merangkap Pengarah YUSEL, pengurusan tertinggi universiti serta penerima Bantuan Tunai Ehsan YUSEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
12 Julai 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *