PELANCARAN LIGA BOLA SEPAK PIALA NAIB CANSELOR 2023 MERIAH

  • Home
  • PELANCARAN LIGA BOLA SEPAK PIALA NAIB CANSELOR 2023 MERIAH
Shape

Majlis pelancaran Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor 2023 di kampus Bestari Jaya berlangsung meriah dengan kehadiran kesepuluh pasukan yang bakal beraksi dan lebih 150 orang penonton dikalangan pelajar hadir. Sepuluh pasukan yang terdiri daripada Fakulti FESS, FCVAC, FKSH, FBA, FSK, PADU, STAFF FC, SMART TAHFIZ FC serta pasukan jemputan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang bakal mengikuti liga yang bermula esok dan dijangka tamat pada 16 Julai 2023 bertempat di Kompleks Sukan UNISEL Kampus Bestari Jaya. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL juga merupakan penaung UNISEL FC telah menyempurnakan simbolik perasmian yang turut disaksikan oleh lagenda bola sepak negara, Azman Adnan. Dalam ucaptama perasmian beliau menyifatkan penganjuran liga bola sepak UNISEL ini dapat menyungkil bakat dan kemahiran terpendam dikalangan pelajar khususnya. ‘Era kini, para pelajar harus ada kedua-dua nya bukan sahaja maju dalam aspek pendidikan malah berkecimpung dalam bidang ko-kurikulum dan sukan. Ini dapat melonjakkan diri anda untuk lebih terkehadapan kelak’, ujar beliau. Dalam majlis yang sama turut diumumkan pemenang pertandingan reka jersey UNISEL FC. Berikut merupakan pemenang pertandingan : Juara – Sai Rishi Kesava Rao Sanasi Rao. Tempat Kedua – Ahmad Zarif Haikal B. Mohd Nazaruddin. Tempat Ketiga – Muhammad Hariz Aqmi B. Badrul Hisham. Hadiah saguhati – Izzhanna Nadia Sofi Bt. A Aziz & Muhammad Noor Syazwan B. Rosman. Di akhir majlis, sesi sembang santai Talk With Legend bersama Azman Adnan dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Canselor & Timb. Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti HEP merangkap Presiden UNISEL FC dan En. Ikwaniata Bin Taib, Pengurus UNISEL FC. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor7 Julai 2023

liga_bola2
liga_bola3
liga_bola4
liga_bola5
liga_bola6
liga_bola7
liga_bola8
liga_bola9
liga_bola10
liga_bola11
liga_bola12
liga_bola13
liga_bola14
liga_bola15
liga_bola16
liga_bola17
liga_bola18
liga_bola19
liga_bola20
liga_bola21
liga_bola22
liga_bola23
liga_bola24
liga_bola25
liga_bola26
liga_bola27
liga_bola28
liga_bola29
liga_bola30
liga_bola31
liga_bola32
liga_bola33
liga_bola34
liga_bola35

Previous image
Next image