PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN NOVEMBER 2023

  • Home
  • PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN NOVEMBER 2023
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Puan Anfaal Binti Saari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat. Kunjungan tersebut merupakan diskusi pendidikan yang terdapat di Fakulti Pendidikan & Sains Sosial (FPSS). YB Anfaal Saari tiba di perkarangan UNISEL kampus Bestari Jaya pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta turut disampaikan sesi taklimat berkenaan UNISEL di Bilik Mesyuarat Senat. Dalam pada itu, Cik Nor Aida Sapuan, Timbalan Dekan Pemasaran & Pembangunan Pelajar Fakulti Pendidikan & Sains Sosial (FPSS) turut menyampaikan maklumat terhadap pencapaian yang digarap oleh FPSS bermula dari tahun 2016 hingga kini. Ini termasuklah peratusan kebolehpasaran pelajar FPSS serta memorandum persefahaman (MoU) yang dijalinkan dengan pelbagai pihak. Di akhir sesi lawatan, YB Anfaal Saari turut dibawa untuk melawat ke Galeri UNISEL yang memperagakan kejayaan dan penghargaan diperoleh UNISEL serta hasil karya dari FPSS. Turut hadir sepanjang sesi lawatan adalah delegasi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat serta Barisan Pengurusan UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat2 November 2023

YB_Anfaal2
YB_Anfaal3
YB_Anfaal4
YB_Anfaal5
YB_Anfaal6
YB_Anfaal7
YB_Anfaal8
YB_Anfaal9
YB_Anfaal10
YB_Anfaal11
YB_Anfaal12
YB_Anfaal13
YB_Anfaal14
YB_Anfaal15
YB_Anfaal16
YB_Anfaal17
YB_Anfaal18
YB_Anfaal19
YB_Anfaal20