PENDAFTARAN PELAJAR FAKULTI SAINS KESIHATAN KEMASUKAN OGOS 2023

  • Home
  • PENDAFTARAN PELAJAR FAKULTI SAINS KESIHATAN KEMASUKAN OGOS 2023
Shape

Sesi pendaftaran pelajar baharu bagi Fakulti Sains Kesihatan (FSK) hari ini berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam. Pendaftaran pelajar baharu tersebut meliputi pendaftaran bagi dua program diploma dan tiga program ijazah sarjana muda. Menurut En. Sharikh Dali Mahad, Dekan FSK, sesi pendaftaran pada hari ini merupakan pendaftaran awal bagi pelajar-pelajar FSK dari kumpulan SELFA- Hospital Sponsorship Program (SELFA-HSP) yang bakal mengikuti Diploma Kejururawatan UNISEL. SELFA-HSP merupakan tajaan pengajian penuh yang mana pelajar akan ditaja sepenuhnya oleh hospital penaja. Penajaan ini merangkumi elaun bulanan sehingga RM1000 sebulan sepanjang pengajian. Malah, pelajar turut menerima kemudahan hostel, kemudahan pengangkutan percuma ke tempat klinikal oleh UNISEL, dua pasang uniform setahun dan kit peralatan kejururawatan. Kepada pelajar di luar sana yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang sains kesihatan, pendaftaran bagi kemasukan Ogos 2023 akan berlangsung sekali lagi pada 24 Ogos 2023. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang fakulti di https://fsk.unisel.edu.my.

pendaftaran_fsk2
pendaftaran_fsk3
pendaftaran_fsk4
pendaftaran_fsk5
pendaftaran_fsk6
pendaftaran_fsk7
pendaftaran_fsk8
pendaftaran_fsk9
pendaftaran_fsk10
pendaftaran_fsk11
pendaftaran_fsk12
pendaftaran_fsk13