PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI HARI TERBUKA UNISEL DAN PESTA KONVOKESYEN 2023

  • Home
  • PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI HARI TERBUKA UNISEL DAN PESTA KONVOKESYEN 2023
Shape

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini merasmikan Hari Terbuka UNISEL dan Pesta Konvokesyen 2023. Hari Terbuka UNISEL dan Pesta Konvokesyen 2023 yang bermula pada 6 September 2023 akan berlangsung selama lima hari sehingga 10 September 2023. Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, program ini merupakan inisiatif universiti untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk lebih mengenali UNISEL. “Pelbagai program dijalankan sepanjang enam hari pelaksanaannya malah kita turut menerima kunjungan hampir 30 buah sekolah bagi program motivasi bersama Amin Idris dan program matematik bersama Cikgu Shah Dimple,” katanya. “Selain membuka peluang masyarakat mengenali UNISEL dengan lebih dekat, program ini juga bertujuan untuk meraikan graduan dan ibubapa yang hadir sepanjang istiadat berlangsung,” katanya. Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi tanah air, Hazami yang melantunkan dua buah lagu bertajuk Sonata Musim Salju dan Tekad. Presiden dan Naib Canselor juga menyempurnakan perasmian jersi UNISEL FC. UNISEL FC tersebut ditaja oleh Hakka Co dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Di majlis yang sama turut berlangsung acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo Yayasan UNISEL (YUSEL). Tempat pertama dimenangi oleh Mohd Syawalnuddin, tempat kedua dimenangi oleh Nor Hasimah manakala tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Firdaus. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor8 September 2023

perasmian_pesta2
perasmian_pesta3
perasmian_pesta4
perasmian_pesta5
perasmian_pesta6
perasmian_pesta7
perasmian_pesta8
perasmian_pesta9
perasmian_pesta10
perasmian_pesta11
perasmian_pesta12
perasmian_pesta13
perasmian_pesta14
perasmian_pesta15
perasmian_pesta16
perasmian_pesta17
perasmian_pesta18
perasmian_pesta19
perasmian_pesta20
perasmian_pesta21