PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR SANTUNI IBU BAPA GRADUAN

  • Home
  • PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR SANTUNI IBU BAPA GRADUAN
Shape
PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR SANTUNI IBU BAPA GRADUAN

Satu detik bersejarah tercipta di Universiti Selangor (UNISEL) hari ini apabila Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor turun padang ke khemah Pesta Konvo 2022 bagi menyantuni ibu bapa graduan yang hadir pada sidang terakhir Istiadat Konvokesyen Kali Ke-15 Bagi Tahun 2021. Beliau dalam ucapannya merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi kepercayaan penuh kepada pihak universiti untuk membentuk anak-anak mereka menjadi graduan kelas pertama. “Di fasa pandemik ini, kita terpaksa mengetatkan SOP dan hanya membenarkan graduan berada di dalam dewan. Namun begitu, untuk pengetahuan semua, UNISEL merupakan satu-satunya universiti yang menyediakan ‘marquee tent’ yang dilengkapi sistem audio bertaraf konsert dan skrin LED kepada ibu bapa bagi melihat penstriman secara langsung dari Dewan Canselor,” “Walaubagaimanapun, saya amat terharu dengan sambutan dan sokongan yang ditunjukkan oleh para ibu bapa pada Istiadat kali ini. Ucapan tahniah juga kepada para graduan yang telah menamatkan pengajian pada Konvokesyen kali ini,” Turut sama semasa majlis istimewa tersebut adalah barisan pengurusan tinggi UNISEL iaitu Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor, Hajjah Rokmaa bin Haji Mat, Pendaftar dan Puan Aisyah Omar, Pemangku Bendahari. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor9 Februari 2022

NC_2
nc_3
nc_4
nc_5
nc_6
nc_7
nc_8

Previous
Next