SERAMAI 30 KAKITANGAN SERTAI KURSUS PENGENDALIAN LAMAN SESAWANG & LIVE STREAMING

  • Home
  • SERAMAI 30 KAKITANGAN SERTAI KURSUS PENGENDALIAN LAMAN SESAWANG & LIVE STREAMING
Shape

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran menyertai Kursus Pengendalian Laman Sesawang & Live Streaming Fakulti/Jabatan anjuran Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL). Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu bermula pada 3 hingga 5 Disember 2021 bertempat D’Wharf Hotel & Services Residence, Port Dickson, berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan Covid-19. Beberapa aspek diberikan penekanan penting sepanjang kursus pengendalian laman sesawang fakulti dan jabatan ini adalah teknik pengendalian laman sesawang, kemahiran asas ‘live streaming’, perbincangan kepada rangka baharu serta pembentangan laman sesawang setiap fakulti dan jabatan. Hadir merasmikan Kursus Pengendalian Laman Sesawang & Live Streaming Fakulti/Jabatan adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Dalam ucapannya, beliau berharap agar setiap webmaster fakulti dan jabatan yang hadir sepanjang kursus ini dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin supaya dapat menghasilkan laman sesawang yang terbaik. “Laman sesawang merupakan pintu utama universiti. Oleh yang demikian, saya berharap agar setiap webmaster fakulti dan jabatan dapat memberikan komitmen yang terbaik untuk menghasilkan laman sesawang yang mesra pengguna selain mudah diakses oleh prospek pelajar dan orang luar,” ujar beliau. “Sepanjang pandemik Covid-19 melanda, UNISEL menjadi antara universiti yang paling aktif mengeluarkan pelbagai bentuk siaran, berita dan informasi ilmiah yang mana ia merupakan satu bentuk promosi yang berjaya mengetengahkan keberadaan universiti di mata masyarakat,” “Sebagai webmaster, anda merupakan ‘frontliner’ universiti dan peranan anda sangat penting untuk memastikan laman sesawang universiti berfungsi dengan baik dan mempunyai input yang baik supaya kita dapat menyampaikan informasi kepada masyarakat luar,” tambah beliau lagi. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

kursus_2
kursus_3
kursus_4
kursus_5
kursus_6
kursus_7
kursus_8
kursus_9
kursus_10
kursus_11
kursus_12
kursus_13

Previous
Next