SKUAD STEMUNISEL RANGKUL ANUGERAH KHAS

  • Home
  • SKUAD STEMUNISEL RANGKUL ANUGERAH KHAS
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Skuad Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEMUNISEL) telah dianugerahkan 2 Emas dan 1 Anugerah Khas di Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 pada 17 Mac 2023. Skuad STEMUNISEL terdiri daripada 12 orang pensyarah dan 14 orang pelajar dari PADU, FKSH, FKSVP, FPSS dan FBA telah menyertai Expo tersebut yang berlangsung pada 16 hingga 18 Mac 2023 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik, melalui modul ‘Pemburuan Maya Forensik’ yang dibangunkan sewaktu tempoh pandemik, skuad STEMUNISEL diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan bin Azman berjaya membawa pulang kemenangan buat tahun keenam berturut-turut semenjak menyertai pertandingan inovasi antarabangsa yang berprestij ini bermula pada tahun 2018. Modul tersebut mengandungi dua kes iaitu Biobahaya dan Toksikologi bertujuan menarik minat pelajar untuk menyukai bidang STEM melalui aktiviti forensik yang berteraskan elemen fizik, kimia, biologi dan matematik. Pembangunan modul tersebut juga telah menerima pelbagai maklum balas positif daripada pelajar dan guru atas keberjayaan membuatkan pelajar teruja dengan sains dan teknologi selain membuka mata mereka tentang penggunaan ilmu yang dipelajari dalam aplikasi kerjaya STEM. UNISEL mengucapkan setinggi tahniah buat Skuad STEMUNISEL atas kejayaan yang dikecapi.

stemunisel2
stemunisel3
stemunisel4
stemunisel5
stemunisel6
stemunisel7
stemunisel8
stemunisel9
stemunisel10
stemunisel11

Previous
Next