Universiti Selangor (UNISEL) melancarkan dua buah gelanggang Futsal baharu yang terletak di kawasan kediaman staf UNISEL Kampus Bestari Jaya pagi tadi. Soft Launching yang dijayakan menerusi UNISEL FC dipengerusikan oleh Prof Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor, Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti HEP. Menurut beliau, gelanggang Futsal tersebut khas buat mahasiswi dan kakitangan wanita sahaja serta menyatakan hasrat Presiden & Naib Canselor UNISEL untuk menggalakkan aktiviti sukan dan riadah dapat dilaksanakan dengan lebih kerap. Tambah beliau, manfaatkanlah fasiliti yang disediakan ini dengan menambah aktiviti serta program yang mampu memberi impak positif terhadap diri mahasiswa agar rohani dan jasmani terjaga seiring dengan kecemerlangan akademik. Pada 19 Februari 2023, gelanggang Futsal baharu ini bakal mengadakan pertandingan Futsal Wanita Terbuka anjuran pasukan SSS 2343 Corporation Social and Responsibility yang ditaja khas oleh pihak Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI). HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat10 Februari 2023
Previous
Next