SYARAHAN DARUL EHSAN DALAM MENGINTEGRASI AI & NILAI MADANI

  • Home
  • SYARAHAN DARUL EHSAN DALAM MENGINTEGRASI AI & NILAI MADANI
Shape
SYARAHAN DARUL EHSAN DALAM MENGINTEGRASI AI & NILAI MADANI

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) mengadakan Majlis Syarahan Darul Ehsan bertajuk “Mengintegrasi AI dan Nilai Madani: Ke Arah Masa Depan Digital yang Harmoni”.
 
Lebih 200 orang tetamu terdiri daripada kalangan staf menghadiri syarahan bertempat di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Fauzan Noordin, Pengarah International of Islamic (IITT) for East and Southeast Asia.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya, majlis syarahan ini antara lain menyahut seruan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dalam menggesa pihak IPT untuk pantas memahami dan mendalami keperluan Al bagi konteks pendidikan.

“Semoga hasrat yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat buat seluruh kakitangan UNISEL dan terus bergerak maju kehadapan seiring dengan kemajuan Al, ujar beliau.”

Di akhir majlis turut diadakan sesi dialog dan soal jawab diantara tetamu dan penceramah. Rakaman siaran langsung boleh ditonton di link tertera.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
15 Ogos 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *