Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) serta Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil (IPKSF) mengadakan Majlis Syarahan Melangkah Ke Arah Malaysia Madani : Pendidikan Al-Hikmah Dalam Memenuhi Aspirasi Malaysia Madani. Lebih 150 orang tetamu terdiri daripada wakil Jabatan dan Sektor Pendidikan menghadiri Syarahan yang diadakan dari jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya merupakan pengkhususan terhadap kerangka tata kelola sistem pendidikan Al-Hikmah. Penceramah syarahan bagi mengupas konsep Pendidikan Madani tersebut adalah YBhg. Datuk Dr. Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bertajuk “Pendidikan Al-Hikmah Dalam Memenuhi Aspirasi Malaysia Madani”. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya, majlis syarahan ini bukan sahaja memahami maksud MADANI malahan mendalami konteks Pendidikan Al-Hikmah dari akar umbi agar dapat membangunkan sistem pendidikan negara kita amnya dan universiti kita khususnya secara lebih insaniah. Beliau turut menyifatkan program sebegini dapat memberi pendedahan ilmu terhadap semua tetamu khususnya pensyarah yang terlibat agar perubahan yang holistik dapat dilakukan secara serentak. Di akhir majlis turut diadakan sesi dialog dan soal jawab diantara tetamu dan YBhg. Datuk Dr. Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan Dr. Radin Muhd Imaduddin Bin Radin Abdul Halim, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YB Menteri Pendidikan. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat30 Mac 2023
Previous
Next