SYARAHAN PERDANA YB DATO’ SERI WAN AZIZAH SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-17

  • Home
  • SYARAHAN PERDANA YB DATO’ SERI WAN AZIZAH SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-17
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang hadir bagi menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Demi Masa bertempat di Dewan Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Ini bersempena dengan penanugerahan beliau sebagai penerima Anugerah Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) Sains Politik dan Kemasyarakatan UNISEL pada Istiadat Konvokosyen Universiti Selangor Kali Ke-17 yang berlangsung pada 9 September lepas. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan aluannya berkata hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buat warga UNISEL kerana berpeluang mendengar Syarahan Perdana beliau. “Menyahut saranan YAB Perdana Menteri dalam mengurus tadbir keilmuan UNISEL, pelbagai usaha telah diambil bagi menyuntik pencerdasan kepada mahasiswa, pensyarah dan masyarakat seperti mengadakan Syarahan Budiman, Syarahan Umum, Syarahan Darul Ehsan, Syarahan Profesor dan Syarahan Perdana seumpama ini”, ujar beliau. YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah dalam syarahannya juga turut berkongsi beberapa pandangan beliau berkenaan beberapa aspek yang dapat membantu universiti dalam melahirkan pelajar yang bermoral tinggi dan beretika seimbang dengan kecerdasan akademik yang tinggi. “Ambillah iktibar dan pengajaran hidup daripada seekor lebah yang sentiasa konsisten, tidak putus asa mencari bunga terbaik, rajin dan bekerjasama untuk menghasilkan madu yang terbaik,” ujar beliau. Syarahan Perdana tersebut dihadiri lebih 150 orang tetamu jemputan terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran serta jemputan tetamu luar. Turut hadir, Dato’ Dr. Hasan Baharom, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd., wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor24 November 2023

syarahan_perdana2
syarahan_perdana3
syarahan_perdana4
syarahan_perdana5
syarahan_perdana6
syarahan_perdana7
syarahan_perdana8
syarahan_perdana9
syarahan_perdana10
syarahan_perdana11
syarahan_perdana12
syarahan_perdana13
syarahan_perdana14
syarahan_perdana15
syarahan_perdana16
syarahan_perdana17
syarahan_perdana18
syarahan_perdana19
syarahan_perdana20
syarahan_perdana21
syarahan_perdana22
syarahan_perdana23
syarahan_perdana24
syarahan_perdana25
syarahan_perdana26
syarahan_perdana27