TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU UNISEL KEMASUKAN NOVEMBER 2023

  • Home
  • TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU UNISEL KEMASUKAN NOVEMBER 2023
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan November 2023. Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya itu merupakan kesinambungan bagi Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) pelajar baharu yang bermula semalam dan akan berakhir pada 18 November 2023. Program yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan minggu suai kenal bagi pelajar-pelajar baharu yang dikelolai oleh Fasilitator MTS Budiman di bawah Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti. Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. “Dalam konteks universiti, UNISEL mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan staf yang sangat komited serta mempunyai fasiliti serba kondusif bagi para pelajar untuk merasai suasana kampus sebenar”,katanya. Tambah beliau lagi, sudah pasti ikrar yang dilafazkan oleh para pelajar baharu ini akan membawa pengertian besar buat mereka sepanjang bergelar mahasiwa di sini. Beliau berharap agar para pelajar baharu dapat membanggakan ibu bapa dan keluarga masing-masing dalam mencapai kejayaan dan menjadi insan yang cemerlang. Majlis diteruskan dengan lafaz ‘Ikrar Aku Janji Pelajar Kolej Kediaman UNISEL’ dan ‘Ikrar Mahasiswa Mahasiswi Baharu’. Deklamasi sajak disampaikan oleh sdri. Nur Aliyah Maisarah, pelajar baharu kemasukan November serta Presiden dan Naib Canselor turut mewarnai ‘kolam’ bertemakan bendera Palestin sebagai simbolik Solidariti Palestin. Kepada bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan November 2023 akan dilanjutkan sehingga 1 Disember 2023. Pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor17 November 2023

kemasukan_november2023_2
kemasukan_november2023_3
kemasukan_november2023_4
kemasukan_november2023_5
kemasukan_november2023_6
kemasukan_november2023_7
kemasukan_november2023_8
kemasukan_november2023_9
kemasukan_november2023_10
kemasukan_november2023_11
kemasukan_november2023_12
kemasukan_november2023_13
kemasukan_november2023_14
kemasukan_november2023_15
kemasukan_november2023_16
kemasukan_november2023_17
kemasukan_november2023_18
kemasukan_november2023_19
kemasukan_november2023_20
kemasukan_november2023_21
kemasukan_november2023_22
kemasukan_november2023_23
kemasukan_november2023_24
kemasukan_november2023_25
kemasukan_november2023_26