Tiga Pensyarah FSKH UNISEL Raih Pingat Emas Pharma-IIDEX 2018

  • Home
  • Tiga Pensyarah FSKH UNISEL Raih Pingat Emas Pharma-IIDEX 2018
Shape

Hasil ciptaan sepasukan pensyarah daripada Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Sarimah Mat Nawi telah berjaya meraih pingat emas sempena Pharma-IIDEX 2018 menerusi hasil ciptaan “Mikania Fix-Wound Healing Cream”.

Sarimah Mat Nawi serta dua lagi pensyarah, Nurhafizah Ibrahim dan Nurkhairul Bariyah Baharun merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat bejaya menghasilkan “Mikania Fix-Wound Healing Cream”, iaitu produk herba yang menggunakan bahan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Mikania micrantha. Produk ini juga menggunakan formula lembut, diuji secara dermatologi dan sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Pharma-IIDEX 2018 berlangsung pada 3 Ogos 2018 lalu dianjurkan oleh Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam dengan tema “From Bench To Comercialization”. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pensyarah yang telah berjaya mengharumkan nama UNISEL. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan dorongan buat tenaga akademik lain untuk terus menggapai kecemerlangan dan menjadikan UNISEL sebagai pusat pendidikan peneraju transformasi.