UNISEL ADAKAN SARINGAN RTK COVID-19 KEPADA PELAJAR DI KAMPUS BESTARI JAYA

  • Home
  • UNISEL ADAKAN SARINGAN RTK COVID-19 KEPADA PELAJAR DI KAMPUS BESTARI JAYA
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP) dengan kerjasama SelCare dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC) hari ini mengadakan program Saringan RTK Covid-19 kepada pelajar-pelajar UNISEL di Kampus Bestari Jaya. Seramai 180 orang pelajar disaring pada program yang berlangsung di Dewan Naib Canselor, Kampus Bestari Jaya. Langkah ini diambil bagi memastikan UNISEL berada dibawah zon selamat selain menambahkan keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap institusi pendidikan tersebut. UNISEL merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang mengambil inisiatif membuat saringan RTK Covid-19 secara keseluruhan terhadap pelajar yang masih menetap di Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya. Hadir semasa program saringan tersebut adalah Prof Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

RTK2
RTK3
RTK4
RTK5
RTK6
RTK7
RTK8
RTK9
RTK10
RTK11
RTK12
RTK13

Previous
Next