UNISEL CEMERLANG DI PROGRAM NANO KEBANGSAAN 2022

  • Home
  • UNISEL CEMERLANG DI PROGRAM NANO KEBANGSAAN 2022
Shape

Pelajar Sarjana Sains (Bioteknologi) Universiti Selangor (UNISEL), Muhammad Hamdi Mat Saad telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori sarjana di Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) Peringkat Kebangsaan 2022. Beliau merupakan pelajar semester kedua dibawah selian Ts Dr Norazah Mohammad Nawawi, Timbalan Dekan (Akademik), Pusat Pengajian Siswazah (CGS), Ts. Normawati@Nadzirah Abu Samah pensyarah Pusat Pengajian Asasi dan Umum UNISEL dan Prof. Madya Dr Aqlima Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Dengan projek penyelidikan bertajuk ‘The Antibacterial Potential of Biosynthesised Silver Nanoparticles from Serratia Sp. Strain Aq5-Nt39 Against Aeromonas Hydrophila’, beliau membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai.Lebih menarik, Muhammad Hamdi merupakan satu-satunya pelajar dari institusi pengajian tinggi swasta yang tersenarai sebagai enam pemenang utama daripada kesemua dua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) Peringkat Kebangsaan 2022 diadakan pada 3 Jun hingga 8 Ogos 2022 dan dianjurkan oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Pertandingan bersempena Program Nano Kebangsaan 2022 ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar pascasiwazah membentangkan idea kreatif dan inovatif dalam penyelidikan. Ini termasuklah pembangunan nanoteknologi yang merangkumi penghasilan bahan, teknologi dan aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai sektor. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat12 September 2022

nano_kebangsaan2
nano_kebangsaan3

Previous
Next