UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN BANK ISLAM

  • Home
  • UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN BANK ISLAM
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) melalui Pejabat Bendahari hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Islam.Majlis menandatangani MoU berkenaan disempurnakan oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL disaksikan oleh Hjh Rokma Haji Mat, Pendaftar. Manakala, bagi pihak Bank Islam pula disempurnakan oleh Mohd Noor Jab, Pengarah, Deposit & Kad disaksikan oleh Mohd Zaki bin Atip, Pengarah, Wilayah Kawasan Tengah 1. Kerjasama strategik itu melibatkan beberapa produk yang ditawarkan oleh pihak Bank Islam antaranya akaun gaji bagi staf, akaun pelajar dan pelatih, komuniti kampus tanpa tunai, insentif kepada UNISEL dan juga ‘deposit investment’. Wakil dari Bank Islam yang hadir adalah Norman Awang, Ketua, Perniagaan Runcit Deposit & Kad, Mahadzir Mohd Noor, Pengurus Pembangunan Perniagaan Runcit, Deposit & Kad, Shamsul Azlan Mohd Nor, Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri, KawasanTengah 1 & Selangor 1 dan Fazrin Latiffah Latiff, Pengurus Solusi. Turut hadir sepanjang majlis adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) dan barisan pengurusan UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor16 Ogos 2023

mou_bankislam
mou_bankislam2
mou_bankislam3
mou_bankislam4
mou_bankislam5
mou_bankislam6
mou_bankislam7
mou_bankislam8
mou_bankislam9
mou_bankislam10
mou_bankislam11
mou_bankislam12
mou_bankislam13
mou_bankislam14
mou_bankislam15
mou_bankislam16
mou_bankislam17
mou_bankislam18
mou_bankislam19
mou_bankislam20
mou_bankislam21
mou_bankislam22