UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN KIDS CAMPUS

  • Home
  • UNISEL METERAI KERJASAMA DENGAN KIDS CAMPUS
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) dan Kids Campus Sdn Bhd mengambil langkah ke hadapan apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan lagi profesion pendidikan awal kanak-kanak. Majlis menandatangi memorandum tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Majlis tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, yang menandatangi bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar manakala bagi pihak Kids Campus pula ditandatangani oleh En. Rijalul Fauzi Bin Mustapa, Ketua Pegawai Eksekutif Kids Campus Sdn. Bhd disaksikan oleh En. Muhammad Shukri Bin Nor Mokles, Pengarah Usaha Niaga & Kolaberasi Kids Campus Sdn. Bhd. Kids Campus Sdn. Bhd yang diterajui lebih 38 tahun dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak merupakan tadika yang memberi fokus kepada perkembangan awal kanak-kanak. Menerusi kerjasama ini, UNISEL dan Kids Campus akan berusaha untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain dari pelbagai aspek penyediaan penempatan praktikum kepada pelajar Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL. Tambahan lagi, UNISEL juga akan memberi kerjasama dalam menjalani kajian dalam membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran yang berkaitan. Malah Kids Campus juga akan memberi keutamaan kepada UNISEL dalam penganjuran aktiviti, seminar mahupun kursus yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Turut sama sepanjang majlis adalah Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) UNISEL serta barisan pengurusan kanak Fakukti Pendidikan dan Sains Sosial. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor30 Ogos 2023

kids_campus2
kids_campus3
kids_campus4
kids_campus5
kids_campus6
kids_campus7
kids_campus8
kids_campus9
kids_campus10
kids_campus11
kids_campus12
kids_campus13