UNISEL PRIHATIN

  • Home
  • UNISEL PRIHATIN
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) hari ini menyerahkan 100 unit kerusi bermeja kepada KAFA Integrasi Al Hidayah. Penyerahan tersebut diserahkan oleh En. Fauzainudin bin Nordin, Penolong Pendaftar JPAPP kepada penerima sumbangan iaitu En. Halim bin Ahmad, Pengerusi Majlis Pengurusan Komunititi Kampung Jaya Sepakat yang merupakan wakil bagi KAFA Integrasi Al Hidayah. Sumbangan ini dilaksanakan atas keperihatinan UNISEL terhadap permohonan pihak penerima bagi memastikan keselesaan pelajar terjamin bahkan ia merupakan salah satu ‘University Social Responsibility’ (USR). UNISEL berharap agar sumbangan tanggungjawab sosial ini memberi manfaat kepada pengguna di KAFA Integrasi Al Hidayah. PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT21 Mac 2023

unisel_prihatin2
unisel_prihatin3
unisel_prihatin4
unisel_prihatin5
unisel_prihatin6
unisel_prihatin7
unisel_prihatin8
unisel_prihatin9
unisel_prihatin10
unisel_prihatin11

Previous
Next