UNISEL TERIMA LAWATAN AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG

  • Home
  • UNISEL TERIMA LAWATAN AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG
Shape
UNISEL TERIMA LAWATAN AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Kapt (B) Dato’ Dr. Zulkafperi b. Hanapi, Ahli Parlimen Tg. Karang. Kunjungan tersebut merupakan diskusi yang dapat diketengahkan bagi merancang program jalinan kerjasama.

“YB Dato’ Dr. Zulkafperi tiba di perkarangan UNISEL kampus Bestari Jaya pada jam 9.30 pagi dan disambut oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta turut disampaikan sesi taklimat berkenaan universiti di Bilik Mesyuarat Senat.”

Dalam pada itu, delegasi Ahli Parlimen Tg. Karang turut dibawa melawat kawasan kampus seperti Tasik Lindungan Burung, Kafetaria dan Padang Bola Sepak yang sedang dinaiktaraf serta bangunan-bangunan utama kampus Bestari Jaya.

Satu jalinan kerjasama diantara UNISEL dengan Ahli Parlimen Tg. Karang telah diadakan menerusi slot program Jelajah Hari Terbuka Malaysia Madani, Unisel Depani pada 28 hingga 30 Jun yang lepas. Ini merupakan satu titik mula yang baik dan majlis hari ini diakhiri dengan beberapa perencanaan program yang bakal memberi manfaat buat seluruh warga Tg. Karang dan sekitarnya.

Turut hadir sepanjang program adalah delegasi Ahli Parlimen Tg. Karang serta Barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
1 Ogos 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *