UNISEL TERIMA LAWATAN KERJA PNSB

  • Home
  • UNISEL TERIMA LAWATAN KERJA PNSB
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) diketuai oleh En. Mohd Helmi Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi PNSB. Kunjungan tersebut merupakan lawatan kerja bagi tujuan projek laluan ke Bird Sanctuary yang terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Delegasi PNSB tersebut tiba pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Prof Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti. Satu sesi perbincangan turut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat yang turut dihadiri oleh pengurusan UNISEL. Dalam pada itu, pihak PNSB turut berpeluang melawat Bird Sanctuary yang terletak di tasik yang berkeluasan kira-kira 20 ekar. Bird Sanctuary ini merupakan salah satu usaha terkini pihak UNISEL bagi menjaga ekosistem semulajadi di perkarangan universiti. Bird Sanctuary ini juga bakal membuka peluang kepada pemerhati burung untuk melihat sendiri kewujudan pelbagai spesis burung disamping menjadi tumpuan ahli sains membuat penyelidikan kepada pola tingkah laku spesis burung yang terdapat di sini. Di akhir sesi lawatan, delegasi PNSB dibawa untuk menjamu selera bersama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat29 Mac 2022

unisel_pnsb2
unisel_pnsb3
unisel_pnsb4
unisel_pnsb5
unisel_pnsb6
unisel_pnsb7
unisel_pnsb8
unisel_pnsb9
unisel_pnsb10
unisel_pnsb11
unisel_pnsb12
unisel_pnsb13
unisel_pnsb14
unisel_pnsb15

Previous
Next