UNISEL TERIMA LAWATAN YB TUAN HEE LOY SIAN

  • Home
  • UNISEL TERIMA LAWATAN YB TUAN HEE LOY SIAN
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli. Kunjungan tersebut merupakan lawatan tapak bagi projek Bird Sanctuary yang terletak di UNISEL Kampus Bestari Jaya. YB Hee Loy Sian tiba di perkarangan UNISEL kampus Bestari Jaya pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.Beliau dibawa melawat ke tapak Bird Sanctuary yang terletak di tasik berkeluasan kira-kira 1.5 juta meter persegi. Bird Sanctuary ini merupakan salah satu usaha terkini pihak UNISEL bagi menjaga ekosistem semulajadi di perkarangan universiti. Dalam pada itu, Bird Sanctuary juga bakal membuka peluang kepada pemerhati burung untuk melihat sendiri kewujudan pelbagai spesis burung disamping menjadi tumpuan ahli sains membuat penyelidikan kepada pola tingkah laku spesis burung yang terdapat di sini. Turut berlangsung demonstrasi dron bertujuan untuk meninjau kawasan sekitar Bird Sanctuary terutama sekali dua buah pulau habitat burung yang terdapat di sini. Di akhir sesi lawatan, YB Hee Loy Sian turut dibawa untuk melawat ke Laman Bestari dan Rumah Hijau UNISEL serta ke Bilik Mesyuarat Senat bagi sesi taklimat berkenaan UNISEL yang disampaikan oleh Presiden dan Naib Canselor. Turut hadir sepanjang sesi lawatan adalah En. Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Dato’ Ismail Yusup, Pengarah Eksekutif Institut Darul Ehsan, serta barisan pegurusan UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat8 Julai 2022

LAWATAN_YBEXCO2
LAWATAN_YBEXCO3
LAWATAN_YBEXCO4
LAWATAN_YBEXCO5
LAWATAN_YBEXCO6
LAWATAN_YBEXCO7
LAWATAN_YBEXCO8
LAWATAN_YBEXCO9
LAWATAN_YBEXCO10
LAWATAN_YBEXCO11
LAWATAN_YBEXCO12
LAWATAN_YBEXCO13
LAWATAN_YBEXCO14

Previous
Next