UNISEL TERIMA PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS)

  • Home
  • UNISEL TERIMA PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN (EOMS)
Shape

Seiring dengan statusnya sebagai universiti pertama milik Kerjaan Negeri, Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini telah menerima pensijilan semula bagi ISO 21001 : 2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) dari SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Pensijilan tersebut merupakan satu indikasi komitmen warga UNISEL dalam memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik, berkualiti dan profesional selain untuk meningkatkan meningkatkan pendapatan universiti, menjadikan infrastruktur dan persekitaran universiti lebih kondusif, pengurusan yang berintegriti, membangunkan kerjasama strategik dan mencapai kecemerlangan akademik .

Pensijilan ini juga merupakan pembaharuan Sijil EOMS sehingga tahun 2024 daripada tarikh perakuan asal sijil yang diterima UNISEL pada tahun 2018.

Terdahulu, UNISEL menjadi universiti pertama di Malaysia yang mendapat dua pensijilan serentak iaitu ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti dan ISO 21001:2018 Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) pada tahun 2018.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
24 Februari 2022