UNISEL UNIVERSITI PERTAMA DI DUNIA TERAJUI PENGGUNAAN FISHINGTAG DI DALAM KAMPUS

  • Home
  • UNISEL UNIVERSITI PERTAMA DI DUNIA TERAJUI PENGGUNAAN FISHINGTAG DI DALAM KAMPUS
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menjadi universiti pertama di dunia yang telah menerajui penggunaan FishingTAG di Tasik The Tomanz yang terletak di Kampus Bestari Jaya. Majlis Pelancaran FishingTAG The Tomanz X Monstercraft telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2022 di Pesta Konvo 2022 pada sebelah petang Istiadat Sidang 2 berakhir. Di majlis yang sama juga turut berlangsungnya penerangan dan tutorial pengunaan aplikasi FishingTAG yang disampaikan oleh Vincent Gan Chee Hong dan David Lee Chuan Yin, Managing Director Monstercraft Fishing. FishingTAG merupakan aplikasi yang digunakan untuk aktiviti memancing dimana ia mempunyai fungsi pengukur ikan secara digital. Antara ciri lain yang terdapat dalam aplikasi tersebut adalah pemancing boleh menganalisis air pasang berdasarkan cuaca. Malah pengguna juga dapat menjalankan cabaran memancing bersama anglers (pemancing) dari seluruh dunia. Aplikasi FishingTAG boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple Store. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat6 Februari 2022

fishing_tag_2
fishing_tag_3

Previous
Next