UNISEL METERAI KERJASAMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN AL-KAUTHAR EDUQIDS
October 21, 2022YB HEE LOY SIAN RASMI HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI UNISEL
October 31, 2022Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Pengajian Asasi dan Umum (PADU) menganjurkan Program Tazkirah & Semarak Cinta Rasul bersempena bulan Sambutan Maulidur Rasul 2022. Tazkirah yang bertajuk “Indahnya Akhlak Rasulullah Dalam Berdakwah” tersebut disampaikan oleh Dato’ Haji Anhar Opir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Di Raja Mufti Selangor. Program tersebut dihadiri sekitar 200 peserta yang rata-ratanya merupakan kakitangan akademik dan pentadbiran kampus Shah Alam. Ianya berlangsung di LT 2 UNISEL Kampus Shah Alam. Turut hadir sepanjang program adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Maegala Nallapan Maniyam, Dekan PADU, dan Khairul Firdaus Ne’matullah, Timbalan Dekan PADU. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor27 Oktober 2022







Previous
Next



