Warga UNISEL Tunai Ibadah Korban Sempena Aidiladha

  • Home
  • Warga UNISEL Tunai Ibadah Korban Sempena Aidiladha
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam UNISEL hari ini menjayakan satu program Ibadah Korban dan Aqiqah peringkat Universiti yang berlangsung di Masjid UNISEL, Kampus Bestari Jaya.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL berkata, program Ibadah Korban dan Aqiqah ini merupakan salah satu program tahunan universiti sempena Hari Raya Aidiladha.

Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan pada hari ini merangkumi sumbangan seekor lembu daripada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan selebihnya merupakan sumbangan penyertaan daripada kakitangan dan Ahli Qariah Masjid UNISEL.

Daging korban tersebut diagihkan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL kepada peserta-peserta program, kakitangan asnaf UNISEL serta fakir miskin Rumah Pangsa Puchong.