YB HEE LOY SIAN RASMI HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI UNISEL

  • Home
  • YB HEE LOY SIAN RASMI HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI UNISEL
Shape

Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor hari ini hadir ke Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya bagi merasmikan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Negeri Selangor. Beliau dalam ucapannya berkata, HASN ini merupakan acara tahunan sejak tahun 1989 yang mana dahulu dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar. Namun begitu, ia telah dijenamakan semula sebagai HASN pada tahun 2016. “Bertepatan dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, saya berharap agar program di bawah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor ini dapat membantu negeri ini ke arah keseimbangan dan kelestarian alam sekitar,” Turut berlangsung adalah Perasmian Tasik Lindungan Burung dan Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture (SCORSA) pada hari yang sama dengan jayanya. Hadir sama sepanjang majlis adalah Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi kerjaaan dan badan bukan kerajaan serta Rakan Alam Sekitar. YB Hee Loy Sian turut dibawa melawat ke Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture (SCORSA). Manakala Presiden dan Naib Canselor bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berpeluang melawat Tasik Lindungan Burung disamping menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan memancing bersempena Majlis Persamian Tasik Lindungan Burung. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor30 Oktober 2022

hasn2
hasn3
hasn4
hasn5
hasn6
hasn7
hasn8
hasn9
hasn10
hasn11
hasn12
hasn13
hasn14
hasn15
hasn16
hasn17
hasn18
hasn19
hasn20
hasn21
hasn22
hasn23
hasn24
hasn25
hasn26
hasn27
hasn28
hasn29
hasn30
hasn31
hasn32
hasn33
hasn34
hasn35
hasn36
hasn37
hasn38
hasn39
hasn40
hasn41
hasn42
hasn43
hasn44
hasn45
hasn46
hasn47
hasn48
hasn49
hasn50
hasn51
hasn52
hasn53
hasn54
hasn55
hasn56

Previous
Next