September 27, 2025

IJAZAH SECARA ANUMERTA KEPADA ALMARHUM MUHAMMAD SHAHREN ADHA

Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-19 hari ini menyentuh hati para jemputan yang hadir apabila nama Almarhum Muhammad Shahren Adha bin Shahrul Nizam diumumkan bagi menerima Ijazah Secara Anumerta Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian).
September 27, 2025

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-19

Seramai 2696 orang graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-19 bertempat di UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 302 graduan yang mengikuti peringkat Tahun Asas, 1225 graduan peringkat Diploma, 1122 graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 26 graduan peringkat Ijazah Sarjana, dan 21 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna-warni dan gilang gemilang ini berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 September 2025.
August 29, 2025

MAJLIS BACAAN IKRAR PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2025

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan Ogos 2025. Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya itu merupakan kesinambungan bagi Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar-pelajar baharu yang mula mendaftar semalam.